Perubahan dengan peredaran zaman Peti kanopi

Peti kanopi pada awalnya ringkas dan dibuat daripada kayu tetapi semakin lama ia menjadi lebih elegan. Kemudian, sekitar Dinasti ke-21 (1069–945 SM), orang Mesir mula membiarkan organ-organ di dalam mumia. Namun disebabkan sudah beribu-ribu tahun mereka gunakan peti kanopi, mereka tetap meletakkannya di dalam makam, tanpa apa-apa di dalamnya. Peti kanopi tidak lagi digunakan semasa Kerajaan Ptolemaik.